Mengenai Humex
Humex Malaysia Skills Development Sdn. Bhd. merupakan syarikat bumiputera
yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 12hb. Febuari 2015.
Humex Malaysia Skills Development Sdn. Bhd. berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang perkhidmatan Tenaga
Pengajar dengan Kod Bidang E-Perolehan 221101, 221102 dan 220502.
Humex Malaysia Skills Development Sdn. Bhd. sedang menjalinkan hubungan
strategik dengan agensi kerajaan, institusi pengajian serta syarikat swasta
dalam penyampaian khidmat latihan dan pembangunan modal insan. Sasaran
peserta Humex adalah dari kalangan individu menganggur yang ingin mendapatkan kemahiran pekerjaan atau kemahiran keusahawanan.
Modul-modul yang disampaikan kepada peserta adalah secara ‘custom made’
dibangunkan sendiri oleh jurulatih kompeten didalam bidang yang berkenaan.
Jurulatih Humex adalah dari kalangan mereka yang aktif dan cemerlang di
dalam industri yang diceburi.
Pengalaman Humex
Humex juga menjalankan Program Penjana Prihatin melalui agensi HRDF dan
PERKESO, dimana kami mengumpulkan graduan-graduan menganggur, belia
yang dibehentikan kerja dan menawarkan latihan re-skill atau peningkatan
kapasiti kemahiran. Melalui program ini, HUMEX bekerjasama dengan majikan
dalam mempertingkatkan keupayaan pekerja melalui latihan dan kemahiran
mengikut bidang pekerjaan di tempat kerja.
Program HUMEX telah wujud secara kolaborasi dengan beberapa IPTA dan
syarikat industri swasta. Antara program kolaborasi yang dijayakan ialah
program bersama Politeknik Seberang Perai, Kolej Vokasional Butterworth,
Unitech Management Consultancy, Polaris Business Solution, Lexsun Sdn. Bhd,
Western Digital (Malaysia) Sdn. Bhd. dan kolaborasi bersama syarikat Agensi
Pekerjaan Job Focus Sdn. Bhd.
Kolaborasi ini diadakan atas gabungan kepakaran jurulatih dalam pelbagai
bidang industri bagi memantapkan mutu latihan-latihan yang dijalankan
dibawah naungan Humex Malaysia.
Pendaftaran Dan Persijilan
1) Syarikat penyedia latihan dibawah Jabatan PembangunanSumber Manusia Berhad (PSMB)
– No. Siri Pendaftaran : 1131533D
2) Lesen Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) - No. Pendaftaran : 357-02242516
- Bidang perkhidmatan Tenaga Pengajar dengan Kod Bidang E-Perolehan 221101, 221102 dan 220502.
Comments
Post a Comment