Skip to main content

Tawaran Kursus

KURSUS PEMATUHAN DAN URUSTADBIR PERNIAGAAN

PENGENALAN
Penglibatan individu dalam bidang keusahawanan perlu diberi kesedaran yang jelas mengenai, peranan dan tanggungjawab pematuhan dalam mengurustadbir perniagaan mereka.
Pematuhan bukan sekadar sebagai penunjuk arahtuju malahan, ia merupakan kawalan perniagaan yang memberi kebaikan untuk kesinambungan perniagaan.

OBJEKTIF LATIHAN

Kursus ini dirancang untuk menyediakan pengetahuan undang -undang yang praktikal dan releven kepada usahawan dengan memberi penekanan khusus pengetahuan mengenai kerangka undang -undang, hal ehwal pematuhan perniagaan
serta gambaran tentang prinsip-prinsip utama dalam urustadbir keusahawanan.

SASARAN PESERTA
Usahawan dan bakal usahawan kecil dan sederhana dalam semua bidang industri.

MODUL YANG AKAN DISAMPAIKAN
1) Jenis Perniagaan dan Ciri-Ciri Perniagaan
2) Tanggungjawab Mendaftarkan Perniagaan
3) Menyelenggara Hayat Perniagaan
4) Pematuhan Undang-Undang Perniagaan
5) Tanggungjawab Pematuhan Operasi
6) Tanggungjawab Cukai Dan Zakat

TEMPOH LATIHAN
3 Hari 


KURSUS KAPABILITI PENGURUSAN PERAKAUNAN PEJABAT 

PENGENALAN
Pendedahan kepada Asas Perakaunan Pejabat perlu diberi penekanan terutama
kepada pegawai yang terlibat di dalam pengurusan kewangan. Walau bagaimanapun,
kursus ini terbuka juga kepada para pegawai di pelbagai skim perkhidmatan bagi tujuan pendedahan asas


OBJEKTIF LATIHAN
Kursus ini dirancang untuk menyediakan pengetahuan mengenai cara mengetahui, m
enyenarai dan merekod urusniaga -urusniaga dengan tepat mengikut klasifikasi
akaun yang betul. Peserta juga akan diajar bagaimana untuk mentafsir dan menganalisa maklumat perakaunan dari Penyata Kewangan untuk tujuan pelaporan, perancangan dan kewangan operasi dan kewangan pengurusan.

SASARAN PESERTA
Usahawan dan bakal usahawan kecil dan sederhana dalam semua bidang industri

MODUL YANG AKAN DISAMPAIKAN
Modul 1- Pengenalan Kepada Pengurusan Perakaunan
Modul 2- Membina Sistem Pemfailan Rekod Kewangan
Modul 3- Mengurus Dokumen Kewangan Dengan Sistematik
Modul 4-Memahami Laporan Penyata Kewangan

TEMPOH LATIHAN
3 Hari


KURSUS PENYEDIAAN TENDER DAN SEBUTHARGA 

PENGENALAN
Menyertai pelawaan sebutharga dan tender adalah salah satu cara kontraktor mendapatkan projek bagi perniagaan mereka. Menyertai tender dan sebutharga memerlukan masa, tenaga dan kadang kala wang ringgit untuk menyediakan dokumennya. Dengan ilmu dan pengetahuan kontraktor berpeluang memenangi tender dan sebutharga yang disertainya.


OBJEKTIF LATIHAN
Memberi pendedahan kepada kontraktor mengenai proses penyediaan dokumen tender dan cara-cara menyertai tender dan sebutharga untuk agensi dan jabatan kerajaan.

SASARAN PESERTA
Kontraktor Binaan dan Usahawan Bekalan Barang yang menyertai tender kerajaan

MODUL YANG AKAN DISAMPAIKAN
Modul 1 : Sasaran Pasaran Untuk Usahawan
Modul 2 : Pasaran Kerajaan
Modul 3 : Tawaran Kerja Kerajaan
Modul 4 : Penyediaan Dokumen Perolehan
Modul 5 : Penilaian Jawatan Kuasa
Modul 6 : Anugerah Kerja
Modul 7 : Pengurusan Kerja

TEMPOH LATIHAN
3 Hari


Comments

Popular posts from this blog

Asas keusahawanan, perlesenan dan pematuhan perniagaan Kolej Komuniti Seberang Jaya

Perkongsian asas keusahawanan, perlesenan dan pematuhan perniagaan. Program seharian bersama pelajar-pelajar tahun akhir Kolej Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kerjasama diteruskan untuk program selanjutnya.

Karnival Kerjaya 1MAP

Team Go Humex membawa program 1MAP - Partnership program with Western Digital Malaysia. Peluang untuk warga penganggur mendapatkan pendedahan bekerja di dalam industri selama sebulan. Selain elaun lumayan, tempat penginapan dan pengangkutan ulang alik disediakan. Sijil akan diberikan sebagai bukti tambah nilai pengalaman. Karnival Kerjaya ini adalah usaha daripada Job Malaysia, Kementerian Sumber Manusia untuk menemukan majikan dan pencari kerja. Tahniah diucapkan atas usaha murni semua pihak.

LKT Rintis Niaga 2020

LATIHAN KEUSAHAWANAN TEKNOPRENEUR (LKT) Program Rintis Niaga untuk Zon Sabah diadakan pada 24 hingga 30 Mac 2020 di Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu, Sabah yang melibatkan Pelatih Lepasan Giat MARA. Pengisian latihan adalah mendedahkan kepada pelatih cara membangunkan BMC, menetapkan matlamat, VMO, sasaran jualan dan mengeluarkan potensi diri.